Social Icons

Isnin, 16 Januari 2012

TOKOH PENGASAS PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK - IMAM AL-GHAZALI

Dilahirkan pada 450 Hijrah bersamaan 1058 Masehi di sebuah kampung bernama Ghazalah Daulayah Qursan di parsi. Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Ghazali. Tahun 484 H beliau dilantik sebagai Naib Canselor Universiti dan pensyarah di Universiti Pengajian Tinggi Nizamiah. Pada tahun 489 H, beliau meletak jawatan dan pergi ke Syria dan ke Mekah. Kitab beliau yang termashur ialah Ihya Ulumuddin.

Pandangan dan idea-idea beliau :

* seorang kanak-kanak harus dididik sejak lahir. Seorang bayi jangan diberikan kepada orang lain menjaganya kecuali wanita yang kuat agama dan mulia tingkah lakunya.

* didik kanak-kanak dengan pelajaran agama, adab sopan, adab makan minum, mencuci badan, berwuduk dan bersembahyang.

* didik kanak-kanak supaya memperolehi tingkah laku yang mulia, merendah diri, tidak berbohong, bersederhana dalam pelakuan, tidak berkawan dengan orang jahat dan tidak berbangga.

* bersikap tegas dengan kanak-kanak, jangan biasakan mereka bersenang-senang, jangan berseronok atau bermanja-manja apabila bergaul dengan mereka.

* tidak boleh keterlaluan bila mendenda kanak-kanak, jangan mencemuh dan menimbulkan kebencian mereka.

* memperelokkan fitrah dan membentuk naluri mereka.

* suruh kanak-kanak bermain kerana main pada kanak-kanak dapat :

   - membantu perkembangan fizikal serta menguatkan otot mereka.
   - sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bermain
   - dapat menggembirakan mereka serta memberi kerehatan selepas penat belajar

* nasihat beliau kepada guru supaya :

   - mengajar mengikut kemampuan kanak-kanak
   - memperbaiki perlakuan dengan mesra bukan dengan cara menempelak mereka
   - guru tidak perlu mengharapkan ganjaran tetapi perlu menunjukkan model tingkah laku yang baik.







 

Sample text

Sample Text

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sample Text

prasekolahseripermata@yahoo.com