Social Icons

Rabu, 4 Januari 2012

Hari Pertama Sesi Persekolahan 2012

Murid Seri Permata tahun ni seramai 18 orang! Pecah rekod! Tahun nilah murid pra paling ramai. Satu perkembangan positif, Alhamdulillah. 

Murid lama iaitu yang dah mendaftar tahun 2011 seramai 8 orang. Sepatutnya 10, tapi dua dah berpindah. Murid yang baru mendaftar tahun ni seramai 10 orang. Enam tahun seramai 4 orang, lima tahun pulak 6 orang. Diharapkan tahun ni murid-murid terutamanya yang berumur 6 tahun akan menguasai 4M. Amin...

Hari pertama, tak ada murid yang buat perangai atau meragam tak nak masuk kelas. Semuanya cool, ceria dan senyum. Lega rasa hati dapat murid-murid yang macam ni :)

Sepanjang minggu orientasi ni, murid-murid didedahkan dengan persekitaran dan suasana persekolahan di kelas prasekolah. Minggu depan baru pnp bermula dengan tema diri saya :)

tekun mewarna (saja bagi lembaran,nak tgk murid dah pandai pegang pensel warna atau belum)


 

Sample text

Sample Text

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sample Text

prasekolahseripermata@yahoo.com