Social Icons

Sabtu, 29 Oktober 2011

Majlis Hari Jadi & Jamuan Akhir Tahun







Alhamdulillah, majlis hari jadi dan jamuan akhir tahun Prasekolah Seri Permata telah pun selamat diadakan pada 27 Okt 2011 yang lalu. Terima kasih kepada yang banyak membantu terutamanya PPM. Makanan ditempah daripada pengusaha kantin sebab senang nak berurusan. Menu utamanya laksa, bubur kacang dan agar-agar. Kek choc ditempah dari cikgu. Ibubapa (WARIS) turut memeriahkan majlis dengan membawa aneka makanan seperti kek, jeli kelapa, kek gula hangus, agar, janjan dsb. Jemputan terdiri daripada guru-guru dan staf serta ibubapa murid-murid pra. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan, pemberian cenderamata, potong kek dan menjamu selera. Majlis lebih lancar dari tahun lepas. Pengalaman mendewasakan :)

Sabtu, 22 Oktober 2011

Happy Deepavali

Minggu depan tema Perayaan Deepavali.
Bolehlah suruh murid-murid pra mewarna lembarakan kerja ni.
Kalau nak muat turun, klik sini


Selamat Hari Kanak-kanak

Selamat Hari Kanak-kanak buat anak-anak muridku dan seluruh kanak-kanak sedunia :)


Sesi fotografi yang berlangsung semalam oleh Mizi Foto.

Khamis, 20 Oktober 2011

Corak Batik

Corak batik simple jer..
Boleh la suruh anak-anak pra ikut garis dengan krayon lepas tu warna dengan warna air..

Rabu, 19 Oktober 2011

Aktiviti Sepanjang Minggu

 Menganyam tikar.

 Mewarna corak batik.

 Bina kolam air dan pasir oleh murid-murid tahun 6 dan pekerja :)
Dah 5 tahun prasekolah SKUR dibuka, akhirnya dapat juga bina kolam air dan pasir.

Murid-murid pra sedang buat latihan tarian nirmala untuk persembahan majlis konvokesyen dan majlis anugerah cemerlang november depan.

Selasa, 18 Oktober 2011

Alatan Muzik Tradisional



Budak-budak pra sekarang dah tak kenal alat muzik tradisional (cikgu pun ada jugak yang tak kenal sesetengah alat muzik tu..hehe). 
Terdapat 11 alatan muzik tradisional siap gambar dan perkataan ikut suku kata.
Saiz A4. Kalau nak saiz separuh A4 pun boleh.
Softcopy. RM3 jer...

Ahad, 16 Oktober 2011

Tikar Mengkuang

Esok tema Seni, Kraf dan Peralatan Tradisional. Sesiapa nak lembaran kerja yg tak seberapa ni, silalah muat turun ye :)
http://www.mediafire.com/?838r7u9ccfd76z7

Kad Bacaan ~KVKV~

 Kad Bacaan KVKV yang dah siap dilaminasi.
Esok, boleh la bagi kat budak-budak pra yang masih slow membatangkan suku kata KVKV tu. 

Contoh Kad Bacaan KVKV
Simple jer.
Ada lebih 380 patah perkataan.
Dalam bentuk Microsoft Word, saiz A4 bahagi 4.
RM10 Softcopy. 
Siapa yang berminat nak beli inbox saya ye :)


Selasa, 9 Ogos 2011

LEMBARAN KERJA-SALIN NAMA BUNGA

bunga teluki - carnation


bunga matahari - sunflower


bunga tulip - tulip



bunga mawar - rose


Siapa nak copy lembaran kerja salin nama bunga, sila muat turun. Klik sini.

Muat turun kad gambar percuma :) Klik ye.

Origami Bunga Tulip



Kumpulan Singa..

Kumpulan Naga


Cara-cara nak buat origami bunga tulip :



Isnin, 8 Ogos 2011

Kolaj Bunga Menggunakan Tisu

Hari ni murid-murid menghasilkan kolaj bunga dengan menggunakan tisu.

ginilah bila dah tekun buat kerja...




Yihaa...inilah hasilnya :)

Khamis, 4 Ogos 2011

Jom Nyanyi

FRUIT SALAD





Fruit Salad


Watermelon, watermelon,
Papaya, papaya,
Banana na na na,
Banana na na na,
Fruit salad, Fruit salad...


(melodi Are You Sleeping)

Klik sini untuk dapatkan lembara kerja (salin lirik)
Klik sini untuk lembaran kerja sambung titik

Sabtu, 23 Julai 2011

B'day Si Kecil... Syafiqah





Happy birthday Syafiqah....dah genap 5 tahun :-) Terima kasih pada ibu bapa Syafiqah yang sudi menyediakan makanan, kek, mee goreng :-)

Ahad, 6 Mac 2011

Sambutan Maulidur Rasul






Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada hari Jumaat, 04 Mac 2011. Murid-murid pra telah menyertai pertandingan mewarna. Dan keputusannya :~)

Tempat pertama : Adik Nur Aliya Sumayyah
Tempat Kedua : Adik Nur Asyiqin
Tempat Ketiga : Adik Nur Syafiqah Izzati

Tahniah diucapkan buat pemenang. Buat adik-adik yang gagal, cuba lagi. Banyak lagi pertandingan yang akan diadakan selepas ini :-)
 

Sample text

Sample Text

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sample Text

prasekolahseripermata@yahoo.com