Social Icons

Jumaat, 19 Februari 2010

HARI SUKANEKA ~ 11 Feb 2010

Mujurlah semua murid hadir...13 orang. Tapi yang menyertai acara hanya 12 orang kerana sorang lagi murid masih belum bersedia untuk bersukan.

2 sahaja acara sukaneka yang dipertandingkan iaitu tukar barang dan lari sambil lompat dalam gelung rotan.

Cikgu-cikgu SKUR turut sporting membantu dan memberi sokongan. Thanks! Sukaneka 1 dimenangi Kump. Ayu, manakala sukaneka 2 dimenangi kump. Amirah. Hadiahnya untuk tempat pertama, ke2 dan ke3, jadi semua dapat hadiah :) Hadiah akan disampaikan pada hari sukan 24 Februari 2010.

Menjadi penonton acara sukaneka murid-murid tahun 1-6.

Latihan perbarisan. Perbarisan murid prasekolah terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.

LATIHAN SUKANEKA

Sakit tekak cikgunya sebab asyik menjerit saja masa kali pertama murid-murid didedahkan
dengan sukaneka. Semuanya blur kecuali 3 orang murid dari tahun lepas.

Aktiviti paling mudah (bagi guru) iatu membawa bola ping pong dalam sudu, tapi mencabar buat murid-murid yang baru pertama kali melakukan aktiviti ini.

Masih mampu tersenyum ketika berlari...

Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan. 1 kumpulan 4 orang murid. Kmpulan dari hujung ialah Kump. Ayu, Kump. Azfar dan Kump. Amirah

TELATAH HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2010

Bagi main dulu...

"Nak mak,"Iqram menangis dari pagi sampai tengah hari.

Ayu yang dah mula bersekolah sejak tahun lepas menemani Izuwan.

Najmi menangis, tak makan pujuk. Datang sekolah sehari jer. Umur baru 3+.
Belum bersedia agaknya.

Blur...

Ayu dan Aliya sempat sempat berposing... Kat belakang Amirah dan kembarnya Azfar.

Selasa, 9 Februari 2010

Kenangan 2009

Persembahan Tarian Joget sempena Hari Anugerah Cemerlang dan Konvokesyen Pra, Nov. 2009

Majlis Konvokesyen Nov 2009 - 10 orang murid shj

Sambutan Majlis Hari Lahir kali ke2, Okt 2009

 

Sample text

Sample Text

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sample Text

prasekolahseripermata@yahoo.com