Social Icons

Sabtu, 29 Oktober 2011

Majlis Hari Jadi & Jamuan Akhir Tahun







Alhamdulillah, majlis hari jadi dan jamuan akhir tahun Prasekolah Seri Permata telah pun selamat diadakan pada 27 Okt 2011 yang lalu. Terima kasih kepada yang banyak membantu terutamanya PPM. Makanan ditempah daripada pengusaha kantin sebab senang nak berurusan. Menu utamanya laksa, bubur kacang dan agar-agar. Kek choc ditempah dari cikgu. Ibubapa (WARIS) turut memeriahkan majlis dengan membawa aneka makanan seperti kek, jeli kelapa, kek gula hangus, agar, janjan dsb. Jemputan terdiri daripada guru-guru dan staf serta ibubapa murid-murid pra. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan, pemberian cenderamata, potong kek dan menjamu selera. Majlis lebih lancar dari tahun lepas. Pengalaman mendewasakan :)

Sabtu, 22 Oktober 2011

Happy Deepavali

Minggu depan tema Perayaan Deepavali.
Bolehlah suruh murid-murid pra mewarna lembarakan kerja ni.
Kalau nak muat turun, klik sini


Selamat Hari Kanak-kanak

Selamat Hari Kanak-kanak buat anak-anak muridku dan seluruh kanak-kanak sedunia :)


Sesi fotografi yang berlangsung semalam oleh Mizi Foto.

Khamis, 20 Oktober 2011

Corak Batik

Corak batik simple jer..
Boleh la suruh anak-anak pra ikut garis dengan krayon lepas tu warna dengan warna air..

Rabu, 19 Oktober 2011

Aktiviti Sepanjang Minggu

 Menganyam tikar.

 Mewarna corak batik.

 Bina kolam air dan pasir oleh murid-murid tahun 6 dan pekerja :)
Dah 5 tahun prasekolah SKUR dibuka, akhirnya dapat juga bina kolam air dan pasir.

Murid-murid pra sedang buat latihan tarian nirmala untuk persembahan majlis konvokesyen dan majlis anugerah cemerlang november depan.

Selasa, 18 Oktober 2011

Alatan Muzik Tradisional



Budak-budak pra sekarang dah tak kenal alat muzik tradisional (cikgu pun ada jugak yang tak kenal sesetengah alat muzik tu..hehe). 
Terdapat 11 alatan muzik tradisional siap gambar dan perkataan ikut suku kata.
Saiz A4. Kalau nak saiz separuh A4 pun boleh.
Softcopy. RM3 jer...

Ahad, 16 Oktober 2011

Tikar Mengkuang

Esok tema Seni, Kraf dan Peralatan Tradisional. Sesiapa nak lembaran kerja yg tak seberapa ni, silalah muat turun ye :)
http://www.mediafire.com/?838r7u9ccfd76z7

Kad Bacaan ~KVKV~

 Kad Bacaan KVKV yang dah siap dilaminasi.
Esok, boleh la bagi kat budak-budak pra yang masih slow membatangkan suku kata KVKV tu. 

Contoh Kad Bacaan KVKV
Simple jer.
Ada lebih 380 patah perkataan.
Dalam bentuk Microsoft Word, saiz A4 bahagi 4.
RM10 Softcopy. 
Siapa yang berminat nak beli inbox saya ye :)


 

Sample text

Sample Text

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sample Text

prasekolahseripermata@yahoo.com