Social Icons

Rabu, 28 April 2010

Mesyuarat Permuafakatan Prasekolah Kali Ke2


Alhamdulillah, mesyuarat permuafakatan prasekolah kali kedua berjalan dengan lancar. Ucapan terima kasih buat guru besar En. Abdullah Zaini, pengerusi permuafakatan pra En Khairul Jamel, guru-guru kanan dan ibu bapa murid-murid prasekolah seri permata yang hadir pada mesyuarat hari ini yang berlangsung dari jam 3.00 petang hingga 4.0 petang.
Antara agendanya ialah perbincangan mengenai perasmian bangunan prasekolah, lawatan ke Perlis, pentaksiran, makluman mengenai blog dan facebook seri permata.
Selain itu ibu bapa juga melihat dan menyemak hasil kerja anak-anak mereka sambil membincangkan tentang prestasi anak dalam pelajaran.


Rabu, 14 April 2010

Pertandingan Mewarna


Pertandingan mewarna ini diadakan sempena Majlis Maulidur Rasul yang diadakan minggu lepas.

Keputusannya ; Adik Idayu, Azfar dan Amirah berjaya menggondol tempat pertama, kedua dan ketiga :-)

Sabtu, 10 April 2010

Melangkah Setapak

Hari ini Prasekolah Seri Permata telah membukan laman facebook.
Sila add prasekolahseripermata@yahoo.com

Hari Sukan ~ 24 Feb 2010

Tahun ni buat pertama kali, murid-murid prasekolah tidak menyertai acara perbarisan. Pada hari sukan, mereka hanya mengambil bahagian dalam pertandingan lari 50m secara individu sahaja. Ini disebabkan oleh keadaan cuaca yang panas ketika itu.



Khamis, 1 April 2010

Pra Sukan






Sekitar majlis pra sukan yang diadakan pada 11 Feb. 2010. Murid-murid pra hanya menyertai dua acara sukaneka iaitu tukar barang dan bawa bola ping pong dalam sudu. Mujurlah semua murid hadir.

Pelita Bonda kepada Seri Permata

Pada awalnya nama prasekolah SK Ulu Ribu ni ialah Pelita Bonda. Namun sejak tahun ni, telah ditukar kepada Prasekolah Seri Permata.
 

Sample text

Sample Text

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sample Text

prasekolahseripermata@yahoo.com