Mujurlah semua murid hadir...13 orang. Tapi yang menyertai acara hanya 12 orang kerana sorang lagi murid masih belum bersedia untuk bersukan.
2 sahaja acara sukaneka yang dipertandingkan iaitu tukar barang dan lari sambil lompat dalam gelung rotan.
Cikgu-cikgu SKUR turut sporting membantu dan memberi sokongan. Thanks! Sukaneka 1 dimenangi Kump. Ayu, manakala sukaneka 2 dimenangi kump. Amirah. Hadiahnya untuk tempat pertama, ke2 dan ke3, jadi semua dapat hadiah :) Hadiah akan disampaikan pada hari sukan 24 Februari 2010.
Menjadi penonton acara sukaneka murid-murid tahun 1-6.
Latihan perbarisan. Perbarisan murid prasekolah terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.
Sakit tekak cikgunya sebab asyik menjerit saja masa kali pertama murid-murid didedahkan dengan sukaneka. Semuanya blur kecuali 3 orang murid dari tahun lepas.
Aktiviti paling mudah (bagi guru) iatu membawa bola ping pong dalam sudu, tapi mencabar buat murid-murid yang baru pertama kali melakukan aktiviti ini.
Masih mampu tersenyum ketika berlari...
Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan. 1 kumpulan 4 orang murid. Kmpulan dari hujung ialah Kump. Ayu, Kump. Azfar dan Kump. Amirah